top of page

UUM ‘LIVING CAMPUS’ 2030 BERSAMA E-IDAMAN, BAKAL MENJADI REALITI

Oleh: Nur Liyana Binti Zahari

E-mel: nurlieyana21@gmail.com

MEDIA SOSIAL.HEIC
IMG_2522.jpg

SINTOK - Agenda ‘Living Campus’ bakal menjadi realiti menjelang 2030 dengan gandingan kerjasama rakan industri, E-Idaman Sdn. Bhd. Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menyimpan Hasrat untuk melihat agenda yang cukup bermakna ini menjadi realiti di masa akan datang. 

​

Menurut Haim Hilman, melalui jaringan kerjasama tersebut, pihak universiti akan terus memberi fokus terhadap isu-isu alam sekitar serta menitik beratkan lagi hal berkaitan sisa pepejal. 

​

Tambahan lagi, mereka akan memberikan kesedaran tentang kepentingan menguruskan sisa pepejal dengan betul bukan sahaja kepada pengusaha kafeteria, malah turut melibatkan para pelajar dan kakitangan UUM. 

​

Pada April yang lalu, UUM memeteraikan MoU bersama E-Idaman Sdn. Bhd. Dengan jangka masa 3 tahun yang bertujuan untuk merealisasikan impian menjadikan UUM ‘Living Campus.’

​

Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat permulaan atau ‘kick-start’ yang akan dilaksanakan oleh kedua pihak. 

​

Haim Hilman percaya bahawa kedua entiti ini akan menjadi satu kerjasama yang terbaik dan boleh mendorong semua yang terlibat dalam banyak perkara dan projek akan datang. 

​

Perkara ini juga dilihat  sebagai satu manfaat yang berguna bukan sahaja kepada kedua pihak malahan komuniti setempat. 

​

“UUM komited dalam mendukung agenda kelestarian universiti melalui UUM Living Campus 2030, sejajar dengan aspirasi E-Idaman yang komited kepada mencari pendekatan bersifat inovatif dan lestari dalam pengurusan sisa khususnya untuk mengekalkan alam sekitar yang berdaya huni bagi generasi masa kini dan juga akan datang.”

​

“Cabaran terbesar adalah untuk melaksanakan aktiviti meskipun MoU telah dimeterai,namun saya percaya kedua pihak boleh bersama-sama merealisasikan hasrat tersebut,” ujar beliau ketika Kunjungan Hormat E-Idaman Sdn. Bhd. di Bilik Mesyuarat Naib Canselor UUM.

​

Tambah Haim Hilman, beliau mahu melihat suasana kampus UUM sentiasa berada dalam keadaan yang teratur, bersih serta berkelayakan menjadi peneraju dari aspek kehijauan dan kelestarian.

​

Pihak UUM juga akan menyasarkan September dimana penggunaan plastik akan dikurangkan seperti pembungkusan makanan dan akan diganti kertas yang lebih mesra alam. 

​

“UUM akan menyediakan kepakaran dari aspek pengurusan, manakala E-Idaman memfokuskan kepada aspek pengoperasian dalam usaha memberi kesedaran kepada warga universiti.

​

“UUM ingin membantu E-Idaman untuk mendidik ribuan pelajar di universiti tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal yang betul, selain memberi pengetahuan tentang kepentingan kitar semula,” kata Haim Hilman yang bersama-sama mencadangkan supaya pemeriksaan kafeteria diperketatkan dan memastikan mereka menepati kriteria kebersihan yang telah ditetapkan. 

​

Oleh yang demikian, beliau ingin kedua pihak menjayakan projek bersama ini serta memberikan komitmen yang baik sehingga ke peringkat ‘underground.’

Pengurusan 1.jpg

Barisan pentadbir Universiti Utara Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Zaki Abdul Aziz Daud selepas majlis pemeteraian MoU ‘Living Campus’ 2030

NO INCREMENT ON SERVICE FEES: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA’S STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL DENIED THE FALSE INFORMATION

By: Nur Sarah Zulaikha Binti Rahedi

E-mail: sarahhhzulaikha@gmail.com

MEDIA SOSIAL.HEIC
IMG_1765.CR2

SINTOK - The remark "Kenapa UUM Mahu Naikkan Yuran, Carilah Kaedah Lain" written by Muhammad Emir Syahmi Mohamad on social media Malaysia Gazette in April 27, 2022, has caused a slew of disputes among Universiti Utara Malaysia (UUM) students. Commonly known as the ‘Malaysia Mind Sprouting News Portal’, Malaysia Gazette is a news and media website that covers the latest news in Malaysia and abroad covering national news, politics, economy, world, sports, and more. 

 

The statement mentioned that after almost two years of being off-campus due to the Covid-19 pandemic, the students of UUM will finally return to campus face to face. Additionally, the writer reported a startling rumor that service fees for undergraduate students might rise up to 30 percent.  

 

According to the sources from members of UUM’s Student Representative Council, the Vice-Chancellor of UUM, Professor Dr. Haim Hilman Abdullah, has agreed to this suggestion put up by the Director of UUM's Strategic and Business Development Department, Professor Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Haris.

 

Furthermore, the writer wondered why the university wanted to 'steal' the relatively little balance of students' Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) money after deducting tuition fees, given that the institution had also experienced significant losses as a result of the Covid-19 catastrophe. 

 

“We respectfully urge that the Honourable Minister of Higher Education, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, who is deeply concerned about the welfare of university students, intervene on the subject of fee increases at UUM, thus canceling the university administration's decision,” he added. 

 

Student Representative Council (SRC) of Universiti Utara Malaysia declined the false information 

 

In response to this situation, UUM's SRC issued a media statement on their Instagram page, thoroughly denying the phony news. Posted on April 29, 2022, they vehemently refute being one of the sources as alleged by Muhammad Emir Syahmi Mohamad. 

 

They believed that the published material lacked credibility and was filled with misleading facts. Rubbing salt in the wound, they were dismal when being accused of conveying news that was not true and far from its authenticity. 

 

“It is anticipated that the source of this false information would come forward to explain his or her intentions and goals in order to prevent this problem from worsening and affecting the minds of the students,” they said in the media statement. 

 

No agreement nor proposal approved regarding this matter 

 

UUM's SRC had zero insight or news about the overall rise in fees, and no meeting was conducted from the operational level to the highest management level of the university on this issue. 

 

Also, if it is feasible in the early planning stages, they hope that the university administration and student representatives from the SRC may work together in the future so that the thoughts and voices of students can be heard.

 

They further asked students not to distribute the story to their friends and to contact any SRC official representatives for additional clarification if they have any doubts about the information they have received.

 

“We will go to great lengths to ensure that all UUM students, regardless of religion, race or background are taken care of holistically.

 

“If students have any problems or complaints, please raise the matter directly to the relevant SRC representative,” they added on. 

 

UUM's SRC believed that this incident will serve as a lesson to everybody so that everyone is constantly alert to and cognizant of the information they receive. 

 

They encouraged all parties to join the flood by playing their respective roles in the information announcements so that they can prevent disseminating incorrect and misleading information.

Pengurusan 2.png

The article published by Malaysian Gazette on 27th April 2022

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UUM

Oleh: Nurul Syafiqah Binti Mohd Hafidz

E-mel: nurulsyafiqahmh@gmail.com

MEDIA SOSIAL.HEIC
PENGARAH (SYAF).HEIC

SINTOK - Hari ini, kira-kira 2,000 kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri UUM di Dewan Mu'adzam Shah.

​

Pelbagai jenis masakan dan minuman dari 46 gerai yang disediakan oleh pusat tanggungjawab dan pusat pengajian memeriahkan suasana Aidilfitri tahun ini.

​

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah serta pengurusan tertinggi universiti turut hadir di majlis tersebut.

​

Dalam ucapannya, Haim Hilman menyatakan bahawa bulan Syawal adalah hari kemenangan bagi semua umat Islam.

​

“Apabila umat Islam mendekatkan diri kepada Pencipta, hati terikat erat dengan Allah dan merasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW walaupun Baginda tidak ada selama beribu-ribu tahun,” katanya lagi. 

​

“Hari raya juga sangat dekat di hati kita. Saya yakin bahawa saya mempunyai 1,001 kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri, terutamanya dengan ibu bapa saya, saudara-mara dan ahli keluarga yang lain. 

​

Bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa, berjabat dan mencium tangan adalah keinginan yang sangat kuat. Memori ini membuat kita rasa rindu yang tiada tandingannya,” menurutnya dengan penuh sebak.

​

Tambah beliau lagi, mengunjungi pusara kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia sebagai tanda anak yang soleh dan solehah bagi mengubati kerinduan itu.

​

Menurutnya, pelajar dan staf UUM menjadi luar biasa hari ini juga hasil daripada doa ibu bapa, saudara-mara mereka yang tinggal di perantauan.

​

Beliau juga mengharapkan agar semua warga UUM dapat menjadikan UUM sebagai rumah kedua bagi menaikkan imej universiti ini. 

​

Penyampaian hadiah kepada pemenang gerai paling cantik yang dimenangi oleh UUMIT turut diadakan pada majlis tersebut.

​

LUAHAN PELAJAR

​

Sementara itu, seorang alumni di UUM, Mohamad Syukri Tukemon @ Tukiman berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini benar-benar meriah selepas dua tahun tidak dapat berkumpul dalam jumlah yang ramai.

​

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UUM kerana menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini kerana ia membolehkan saya bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua, sekali gus mengeratkan hubungan ikatan kami,” katanya.

​

Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga UUM merupakan detik yang sangat indah buat pelajar Muhammad Faiz Rafezin. Beliau tidak merasai suasana program bersemuka sejak sekian lama.

​

Menurutnya, sambutan hari raya UUM sangat meriah, dengan pelbagai makanan dan minuman menarik, terutamanya daging rusa yang disediakan oleh kakitangan UUM.

Orang ramai begitu gembira dan beramah mesra dengan mengambil gambar, bersua foto dan banyak lagi.

Pengurusan 3.jpg

Poster yang diuarkan menerusi laman Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM)

UUM SEBAGAI PPV “OUTREACH”

Oleh : Piriya Tharshini a/p Raja

E-mel: priyatharshiniraja31@gmail.com

MEDIA SOSIAL.HEIC
PIRIYA.PNG

SINTOK - Universiti Utara Malaysia merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi awam yang terkemuka dan terbesar di Semenanjung Malaysia dengan jumlah pelajar yang ramai bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara juga. Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia semua institusi pendidikan diarahkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti, program atau majlis secara fizikal dan bersemuka dengan pelajar mahupun kakitangan di dalam kampus. 

​

Namun, pihak Universiti Utara amat prihatin dengan kesihatan masyarakat sekitar, telah mengambil keputusan untuk menjadikan Pusat Kesihatan Universiti sebagai pusat vaksinasi sekitar kawasan Changlun bermula 7 Ogos 2021. Sekitar hampir 4,900 dos vaksin telah berjaya diberikan dalam tempoh masa hanya dua hari.

​

Bagi pemberian vaksinasi dos pertama dan kedua semua masyarakat yang tinggal di Kawasan Changlun amat dialu-alukan untuk mendapatkan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) kerana mampu menampung jumlah penduduk yang ramai termasuk dari kawasan Kubang Pasu. Seramai 15,271 orang individu telah berjaya mendapatkan dos pertama dan kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UUM ini termasuk pelajar dan kakitangan UUM serta penduduk di kawasan sekitar. 

​

Seluruh masyarakat juga diingatkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika hadir menerima dos vaksin iaitu mengimbas kod MySejahtera, kemaskini status kesihatan diri dalam aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan pelindung muka sebagai satu langkah keselamatan yang mustahak bagi  mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya ini dalam kalangan penerima vaksin yang hadir di PPV UUM.

​

Menurut bekas Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani dalam temubual bersama pihak media Sinar Harian mengatakan bahawa ramai yang berjaya mendapatkan dos vaksin dengan cepat dan mudah dengan kerjasama petugas kesihatan UUM serta sukarelawan yang sudi membantu melancarkan proses pendaftaran dan pemberian vaksin ini. “Kami juga akan berusaha meningkatkan lagi kemudahan di PPV UUM ini bagi memastikan individu yang hadir dapat menerima vaksin dalam masa yang singkat dan juga berasa selesa tanpa sebarang masalah” tambah beliau lagi.

​

Beliau juga menegaskan bahawa lebih ramai penduduk digalakkan untuk hadir ke PPV UUM untuk mendapatkan dos vaksin mereka secepat mungkin agar dapat membendung penularan wabak Covid-19 ini dengan lebih efektif. Semua kakitangan UUM dan sukarelawan yang terlibat dalam proses pemberian vaksin ini dinasihatkan untuk mendapatkan dos vaksin terlebih dahulu agar sebahagian kelompok besar berjaya divaksin dan pentingnya keadaan mereka yang sihat walafiat ketika berdepan dengan penerima vaksin yang lain.

​

Manakala, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Adi Azhar Abdul Razak berkata jumlah pendaftaran penerima vaksin sememangnya ramai namun sebahagian sahaja diutamakan dahulu kerana keperluan pegawai kesihatan yang tidak dapat menampung jumlah penduduk yang begitu ramai. 

​

“Oleh itu, kami berusaha untuk melakukan sedaya upaya untuk memberikan dos vaksin kepada semua yang berdaftar sedikit demi sedikit dengan kerjasama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petugas PKU, sukarelawan UUM dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sedia berkhidmat dalam misi membendung penularan wabak Covid-19 ini” ujar beliau.

​

Bagi pengambilan dos vaksin kedua pula semua penerima vaksin dos pertama dinasihatkan untuk merujuk dan mengikuti tarikh yang ditetapkan dalam kad vaksinasi yang diberikan. Ini akan memudahkan proses pemberian vaksin dengan lebih holistik tanpa sebarang kekeliruan. Pemberian dos vaksinasi kedua telah bermula dari 28 Ogos bertempatkan di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

 

Kepentingan Vaksin dalam Kalangan Pelajar dan Kakitangan IPTA

​

Walaupun semua pelajar institusi pendidikan tinggi dinasihatkan untuk mengikuti Proses Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPr) namun penularan wabak Covid-19 semakin berleluasa. Sebaliknya, kes di Malaysia semakin meningkat dan menjadi serius saban hari sehingga jumlah kematian juga meningkat secara mendadak sehingga hujung tahun 2021.

​

Pelajar dan kakitangan IPTA diwajibkan menerima vaksin agar mencapai sasaran penerima vaksin yang ramai sehingga membentuk satu imuniti kelompok serta gelembung kampus yang selamat sebelum beralih ke fasa peralihan nanti di mana seluruh masyarakat dapat hidup kembali secara normal.

​

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga sangat khusus dengan perkara pengambilan vaksin dan apabila semua pelajar dinasihatkan kembali ke kampus salah satu prasyarat yang mustahak adalah penerimaan dos vaksin yang lengkap termasuk dos penggalak atau lebih dikenali sebagai “Booster Dose”. Ini dapat memastikan kesihatan kakitangan dan pelajar kekal terjamin walaupun bukan seratus peratus efektif namun sebagai langkah pencegahan yang perlu diutamakan.

​

Dengan ini, pihak UUM menawarkan untuk sedia menghulurkan bantuan kepada kerajaan Malaysia melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan mempercepatkan proses pemberian vaksinasi kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Oleh itu, masyarakat Malaysia dapat kembali bekerja dan belajar di institusi pendidikan tidak kira peringkat rendah, menengah mahupun tinggi seperti biasa.

​

Bermula 11 Januari 2022, UUM telah menggalakkan pelajar dan kakitangan untuk menerima vaksin booster di Pusat Kesihatan Universiti. Seramai jumlah 750 orang staff dan pelajar telah berjaya mendapatkan dos penggalak ini dalam hanya dua hari. Dr. Adi juga berkata bahawa pentingnya penerimaan vaksin booster ini bukan sahaja bagi melindungi diri sendiri malah orang di sekelilingnya. 

​

“Dengan pengambilan vaksin booster ini, seseorang itu mampu menghasilkan antibodi bagi melawan virus varian baharu yang dikenali sebagai Omicron secara lebih berkesan serta melindungi diri kita daripada terjebak dengan virus berbahaya ini”, tambah beliau lagi.

Beliau juga berharap agar lebih ramai kakitangan dan pelajar UUM akan tampil diri mereka untuk menerima vaksin tanpa sebarang keraguan untuk keselamatan diri sendiri dan masyarakat sekitar. Oleh itu, warga UUM boleh terjamin selamat dan sihat sebelum semua pelajar kembali ke kampus bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka nanti.

Pengurusan 4.png

Pemberian vaksin dos pertama dan kedua di Dewan Mu’adzam Shah

bottom of page