top of page

CABARAN KERJAYA PASCA PANDEMIK COVID-19

Oleh: Chan Pei Pei

E-mel: chanpeipei25@gmail.com

IMG_1759.CR2
IMG_0526.HEIC

SINTOK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 1.2 billion pekerja terancam di seluruh dunia akibat penularan pandemik Covid-19. Keadaan ini memberi pengaruh kepada bakal graduan pada tahun 2020 – 2022. 

​

Kadar persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat tinggi. Bakal graduan perlu bersaing untuk memenuhi kebolehpasaran pekerjaan. 

​

Sehubungan itu, Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) bersama Prof. Madya Dr. Herman Shah Bin Annuar telah melaksanakan satu ceramah tentang cabaran kerjaya pasca pandemik Covid-19 pada 5 April 2022. 

​

Program ini merupakan bual bicara yang membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi terutamanya bakal graduan yang memohon pekerjaan. 

​

Objektif ceramah ini adalah untuk menggalakkan pelajar meneroka diri mereka dalam mengetahui apa yang mereka akan menjadi dan meningkatkan kesedaran pelajar tentang halangan-halangan mengenai covid-19.

​

Prof. Madya Dr. Herman, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik.  telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau bersama peserta tentang pembangunan dan pengetahuan pelajar UUM terhadap alam pekerjaan.

​

Menurut beliau, data daripada International Labour Organization (ILO) menunjukkan statistik Malaysia dalam cabaran kerjaya tidak dapat dielakkan. Cara survive adalah bagaimana kita cuba mengharungi cabaran ini dengan kekuatan, kelebihan dan kemahiran yang kita ada. 

​

“Pelajar-pelajar perlu melengkapkan diri dengan segala kemahiran, pengetahuan, hubungan dengan pihak industri dan masyarakat. Kita perlu membuat perancangan diri dan kena ada matlamat,” jelas beliau. 

​

Beliau menggalakkan para peserta untuk buat transformasi bagi menyesuaikan diri dengan norma baru ini. Para peserta diseru untuk mencatatkan kemahiran yang hendak belajar seperti kemahiran untuk membuat resume dalam bentuk video. 

​

Menurut beliau lagi, perkembangan ekonomi yang mula merudum telah menyumbang kepada peningkatan bilangan pengangguran graduan di Malaysia. 

​

"Ini menyebabkan persaingan graduan bagi memperoleh kedudukan dalam pekerjaan semakin tinggi, justeru program seperti ini mampu membuka mata dan minda pelajar UUM untuk lebih peka dan bersiap sedia untuk memasuki alam pekerjaan.”

​

Pelajar yang mempunyai kecekapan dan kemahiran merupakan kelebihan dalam pasaran ini. Majikan masa kini mahu pekerja yang multitasking. Softskill dan profesional skill menjadi satu kelebihan berbanding dengan calon-calon lain. 

​

Melihat kepada keadaan kadar persaingan peluang pekerjaan yang semakin meningkat, graduan semasa dan akan datang, secara tidak langsung telah membuka mata bahawa memiliki ijazah bukan lagi satu keistimewaan atau jaminan untuk meletakkan diri dalam pekerjaan. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu melengkapkan diri dengan semua kemahiran tambahan untuk kebolehpasaran diri dan menjadi sendiri lebih nilai tambah.

​

Dunia sekarang adalah berkaitan dengan Industri Revolution 4.0. Oleh itu, pelajar-pelajar haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran yang sedia ada untuk berhadapan dengan semua cabaran. 

​

Perubahan itu, katanya, membawa kepada ketidakserasian pekerjaan menunjukkan perubahan dalam corak permintaan buruh. Jika tidak dikendalikan dengan betul, boleh membawa cabaran besar kepada negara dalam menyediakan graduan dengan prospek kuantiti dan kualiti untuk memenuhi permintaan pasaran buruh masa hadapan.

​

Revolusi Perindustrian 4.0 memfokuskan kepada kebergantungan manusia terhadap kecanggihan teknologi terkini untuk memudahkan pelbagai urusan yang kesemuanya secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan pengangguran siswazah. Sebabnya, lebih ramai yang terpaksa mencari kerja di luar bidang pengajian atau menerima gaji yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

​

"Dalam hidup kita perlu ada grit atau tekun, kesungguhan untuk mengatasi halangan dalam hidup. Dengan itu, kita akan lebih fleksibel untuk berubah mengikut keadaan. Inilah yang dinamakan ready to change," jelas beliau lagi. 

Kemasyarakatan 1.jpg

Ceramah Cabaran Kerjaya Pasca Pandemik Covid-19

KEPRIHATINAN PELAJAR UUM TERHADAP BEKALAN DARAH NEGARA

Oleh: Nur Khairunnisa Binti Sohaizad

E-mel: Khrnnsa19@yahoo.com

IMG_1759.CR2
EDITORIAL.CR2

SINTOK - Kesibukan mahasiswa dalam menuntut pelajaran tidak menjadi alasan untuk mereka tidak peka dan prihatin terhadap pengurangan bekalan darah negara. Mahasiswa dari Inapan Siswa Petronas telah bekerjasama dengan Hospital Sultanah Bahiyah bagi melaksanakan program Blood Donation: Keep the World Beating bertempat di pekarangan kolej kediaman. Program derma darah ini telah dilaksanakan pada 20 dan 21 Mei 2022 yang lalu bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. 

​

Syarat dan Penglibatan

Beberapa syarat ditetapkan oleh pihak penganjur kepada mereka yang berkelapangan untuk mendermakan darah seperti memastikan diri mendapatkan rehat dan makan secukupnya, membawa kad pengenalan semasa mendaftar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di fasa endemik ini.

​

Kehadiran staf dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia tempoh hari mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Hasilnya, program yang berlangsung selama 2 hari ini berjaya mengumpulkan hampir 100 pek bekalan darah. Program ini dikendalikan oleh 8 petugas anggota kesihatan manakala 10 orang ahli jawatankuasa Exco Kebajikan dan Keselamatan Inapan Siswa Petronas.

​

Objektif

Menurut pengarah program, Nor Shafiqah Meor Fadzir program yang dianjurkan ini terbuka kepada semua pelajar dan staf Universiti Utara Malaysia (UUM). Ia dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan juga kelebihan menderma darah. Selain daripada membantu menambah stok tabung darah negara yang dijangka menurun selepas cuti perayaan.

​

Tambah beliau, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan program ini kerana telah menjadi program tahunan dan sentiasa mendapat sokongan. Hasilnya, program derma darah ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada para pesakit yang memerlukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

​

Harapan

Sementara itu, Nurul Syazwani Suhaimee berkata, amalan menderma darah adalah amalan mulia yang turut menyumbang kepada gaya kehidupan sihat yang sewajarnya menjadi ikutan para belia. Tambahan pula beliau membawa jenis darah O yang sememangnya berkurang di tabung darah negara. Jadi, sudah terbiasa buat dirinya menyertai program menderma darah pada setiap tahun. 

​

"Tidak semua orang mampu menderma darah pada sesuatu masa. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan gaya hidup individu. Jadi, ini adalah sangat penting sebenarnya untuk kita terus menyebarkan kesedaran membantu golongan yang memerlukan," katanya.

Selain itu, menurut Hawa Nur Aisyah, beliau berasa takut untuk mendermakan darah buat pertama kalinya. “Sebagai salah seorang yang takut jarum, saya mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk menderma darah ini. 

​

Tambahnya lagi, “apabila saya mendermakan darah, saya tidak merasakan sebarang sakit atau apa-apa kesan. Petugas kesihatan hanya meminta saya untuk bertenang dan tanpa disedari tadi darah saya sudah hampir penuh satu beg. Kini saya sedar bahawa amalan mulia ini seharusnya saya laksanakan sejak awal lagi. Insya-Allah kalau Tuhan beri keizinan, saya akan terus menderma.”

​

Sebagai salah seorang AJK program ini, Muhamaad Aizad Sazaly turut menzahirkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan darah di kebanyakan pusat perubatan dan pusat tabung darah di seluruh Malaysia.

​

Beliau akui sebagai seorang belia menyumbang sesuatu kepada negara akan membawa kebaikan yang lebih baik terhadap masa hadapan. “Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya golongan belia untuk pergi ke pusat kesihatan berdekatan bagi meneruskan amalan mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemasyarakatan 2.jpg

Para penderma sedang menunggu giliran untuk melakukan pemeriksaan oleh wakil petugas kesihatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

bottom of page