top of page

PELAJAR LEGA KELAS BERSEMUKA SEMULA

Oleh :  Anis Farzana Binti Mohd Hamidi

E-mel:  farzanaanis0@gmail.com

MEDIA SOSIAL.HEIC

SINTOK - Berita berkenaan “Pelajar lega kelas bersemuka semula” ditulis oleh Siti Fatimah Abdullah di akaun rasmi Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 18 Mei 2022 telah memberikan impak positif kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) serta memberikan nafas baru kepada mereka yang setelah 2 tahun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

 

Kira-kira 11,579 pelajar telah kembali ke kampus dan proses kemasukan pelajar berjalan lancar serta dalam keadaan terkawal.

 

Rata-rata pelajar lebih selesa untuk menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka berbanding atas talian disebabkan oleh  beberapa faktor. Salah satu faktor adalah dari segi keselesaan. Sepertimana kita tahu, tidak semua pelajar mempunyai keselesaan di rumah adalah disebabkan persekitaran tidak kondusif.

 

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Nurrul Husna Anuar bahawa pengalaman kelas bersemuka amat berharga dalam suasana persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

 

Beliau juga menyatakan bahawa alam kampus merupakan detik manis yang sukar dilupakan selain bersyukur apabila dapat belajar secara bersemuka di bilik kuliah. 

 

Di samping itu, beliau berkata bahawa kelas secara bersemuka dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran berbanding di rumah.

 

Selain itu, kelas secara bersemuka dapat menimbulkan suasana yang positif serta mengeratkan hubungan dengan orang ramai. 

 

“Jadi bila kita sudah pulang ke kampus dan berada di sini, boleh berjumpa kawan-kawan, boleh belajar sama-sama berkumpulan yang lebih baik daripada berseorangan untuk mencapai sasaran dan cita-cita yang ditetapkan,” ujar salah seorang pelajar semester enam ketika ditemui. 

 

Salah seorang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Chang Yu Xuan berkata, pelajar lebih bersemangat untuk menghadiri kelas bersemuka berbanding ‘online’.

 

Hal ini kerana, persekitaran yang sunyi semasa kelas atas talian membuatkan pelajar hilang fokus dan tidak bersemangat untuk belajar.

 

“UUM telah menyediakan segala kemudahan dengan lengkap, bas yang kerap dan dekat dengan kelas selain menjamin kebajikan pelajar sepanjang berada di kampus,”  ujarnya.

 

Disebabkan ramai pelajar akan pulang ke kampus bagi menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar seperti perkhidmatan bas dan lain-lain.

 

Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) menegaskan pelajar yang menjalani sesi kelas bersemuka untuk kekal mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak universiti bagi mengelakkan kenaikkan kes Covid-19. 

 

Penulis juga berkata, rata-rata pelajar yang ditemui berasa gembira kerana dapat bertemu kembali rakan-rakan serta pensyarah setelah dua tahun menjalani sesi pembelajaran atas talian.

 

Nur Asirah Abdullah berkongsi perasaan gembira apabila dapat belajar secara bersemuka semula dan sentiasa merindukan suasana tenang kampus hijau yang meninggalkan banyak kenangan.

 

“Setelah dua tahun belajar secara online di rumah, kini kami berpeluang kembali belajar secara bersemuka di UUM”

 

“Semestinya perasaan bercampur-baur sebak, terharu seronok, dan rindu dengan kawan-kawan semua,” ujar beliau ketika ditemui. 

 

Jelaslah bahawa pembelajaran atas talian memberikan reaksi positif dikalangan pelajar dan berharap bahawa mereka akan terus fokus dalam pembelajaran dengan suasana yang baru setelah 2 tahun berhadapan pandemik Covid-19. 

Picture1.jpg

Sesi temubual bersama pelajar Universiti Utara Malaysia

PRODUCT INNOVATION SHOWCASE 2022 (PROVATS) PEMANGKIN INDUSTRI PENERBITAN KREATIF

Oleh: Abdul Qasim bin Jamil

E-mel: abdulqasim1312@gmail.com

LAMAN WEB.jpg

SINTOK – Program Product Innovation Showcase 2022 (PROVATS) yang merupakan acara tahunan bagi pelajar komunikasi, khususnya bagi mereka yang mengambil subjek SSCA 2093 Pengurusan dan Penerbitan dimana pelajar akan melancarkan majalah terbitan masing-masing telah dijalankan dengan jayanya pada 25 Januari  yang lalu.  

​

Pelaksanaan program PROVATS ini bertempat di Dewan Seminar A (SMMTC) dan juga di Cisco Webex Meeting, memandangkan program ini digiatkan secara hibrid. 

​

Program yang berlangsung pada jam 0010 pagi itu dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Penyelaras Kursus Pengurusan Penerbitan Tuan Haji Mohd Baharudin Bin Mohd Hadza @ Othman.

​

Sepanjang sesi ucapan daripada Ketua Penyelaras itu, beliau sering menitikberatkan akan peranan dalam industri penerbitan kreatif yang merupakan tonggak falsafah dalam kursus SCCA2093 ini. Beliau amat mengharapkan bahawa program ini bakal melahirkan mahasiswa dan mahasiswi kreatif yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar di luar sana. 

​

Sejurus itu, majlis terus disambung dengan ucapan daripada Ketua Jabatan Komunikasi, Dr Romlah Binti Ramli sebagai kata alu-aluan, dan seterusnya merasmikan upacara perjalanan program PROVATS pada tahun ini. 

​

Ujar beliau, program yang berlangsung ini adalah merupakan titik permulaan bagi semua para pembentang untuk menzahirkan bakat-bakat terpendam bagi merealisasikan objektif produk keluaran daripada syarikat masing-masing. 

​

Program ini juga telah disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi seramai 89 orang. Terdapat empat kumpulan utama yang terdiri daripada dua kelas, iaitu dari kelas A dan B. 

Ollinus Publication, Majestic, La Vita E-Bella, dan juga Red Pheonix merupakan barisan kumpulan yang telah berentap di atas pentas yang sama bagi meraih gelaran juara bagi program PROVATS pada sesi 2022. 

​

Pembentangan daripada setiap kumplan hendaklah memfokuskan beberapa lensa utama, seperti memasukkan sentimen bidang keusahawanan, penulisan, pengeditan, dan juga elemen kreatif bagi membentuk satu majalah terbitan masing-masing yang berkualiti dan menepati kehendak pengguna yang telah mereka tetapkan. 

​

Penghasilan majalah daripada setiap kumpulan juga telah berjaya melepasi saringan-saringan khas, misalnya dari segi pemeriksaan konten dan hasil penulisan yang dirujuk kepada pensyarah masing-masing bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan agar selaras dengan slogan “kreatif dan inovatif.” 

​

Oleh hal itu, terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Platinum, Gold, Silver, dan juga Bronze. Pihak pengurusan majlis juga turut menambah dua anugerah khas iaitu kategori khas CEO Awards daripada Group A dan B.

​

Pembentangan dimulakan daripada kumpulan pertama iaitu La Vita E-Bella. Kumpulan ini bertemakan akan gaya hidup, fesyen, dan juga eco-friendly. Pembentang juga telah diolah berdasarkan kreativiti yang telah diselaraskan sepanjang penghasilan majalah mereka. Unsur-unsur kreatif banyak diserap masuk dalam majalah tersebut. 

​

Kemudian disambung oleh kumpulan Red Pheonix yang memfokuskan hiasan dalaman untuk rumah dan tempat kerja. Majalah mereka dikenali sebagai I-Deco. Perincian dan cadangan diselitkan dalam majalah tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat mengangkat imej kreatif, memandangkan dunia dekorasi memerlukan keluasan idea yang unik dalam menghasilkan majalah yang menepati citarasa pengguna. 

​

Persembahan pembuka oleh kumpulan Ollinus memeriahkan suasana pembentangan. Bagi kumpulan ini, majalah yang dihasilkan oleh mereka adalah bertemakan “kekeluargaan.” Terdapat banyak hal utama yang dibangkitkan dalam majalah ini, dengan merangkumi tips pengurusan keluarga sama ada secara dalaman mahupun luaran.

​

Manakala, persembahan terakhir disambut oleh kumpulan Majestic. Lensa utama mereka adalah bertemakan bidang agrikultur dan majalah mereka dikenali sebagai I-Tani. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh barisan pembentang, majalah ini adalah bertujuan untuk melahirkan usahawan yang bergiat aktif dalam membekalkan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri.

​

Seusai sesi pembentangan, majlis berehat seketika sekitar satu jam, bagi memudahkan proses-proses pengiraan markah dijalankan. 

​

Majlis terus disambung dengan penyampaian anugerah. Tempat pertama dirangkul oleh kumpulan Red Pheonix. Tempat kedua, dimenangi oleh kumpulan Ollinus Publication. Disusuli oleh pemenang ke-tiga iaitu kumpulan Majestic dan diakhiri oleh kemenangan tempat yang ke-empat iaitu dari kumpulan La Vita E-Bella. 

​

Lebih mengejutkan apabila kedua-dua anugerah khas CEO Awards dirangkul oleh kumpulan Red Pheonix, iaitu Anugerah Syarikat Berdaya Saing dan Anugerah Khas Juri. 

Setelah proses penyerahan hadiah selesai dijalankan. Terdapat juga komentar daripada wakil kumpulan Ollinus Publication, iaitu saudari Juni Harissa Binti Abdul Hafiz yang berpendapat bahawa “PROVATS membuka peluang kepada semua pelajar untuk sedar dan belajar betapa pentingnya dunia penerbitan walaupun terdapat kemajuan saluran komunikasi yang semakin moden, serta boleh diakses di mana-mana sahaja.” 

​

Program PROVATS pada tahun 2022 telah melabuhkan tirai dengan dilengkapi perasmian penutup oleh Dr Romlah Binti Ramli, dan disambung dengan sesi bergambar oleh para peserta dan juga pensyarah masing-masing bagi setiap kumpulan. Dijadualkan, majlis tamat pada jam 01:30 tengah hari. 

Akademik 1.png

Koleksi foto yang diambil sepanjang berlangsungnya PROVATS 2022

PEMBERIAN SIJIL MEDIATOR KEPADA PELAJAR PERUNDANGAN

Oleh : Kelvin Raj A/L S. John Peter

E-mel: kelvinraj03@gmail.com

Kelvin Raj .jpg

SINTOK - Pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapat Sijil Pengantara melalui program penyelesaian konflik ADR (Alternative Dispute Resolutions).

 

Latihan tersebut telah disertai oleh 31 pelajar yang kesemuanya telah dianugerahkan Sijil Pengantara (Mediator) daripada The Accord Group, Sydney, Australia. 

 

Program Proses Pengantaraan dan Kursus Kemahiran diadakan di Mahkamah Mut, Bangunan COLGIS UUM, telah dirasmikan oleh Profesor Dr Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor UUM.

 

“Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang dengan kerjasama Perunding bertauliah daripada ZRTA Group Sdn Bhd di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Geran PACE GENERATOR KPT atau Professional Persijilan yang mula diperkenalkan pada tahun 2019," kata Prof Hilman semasa merasmikan kursus tersebut.

 

“Tempoh kursus ini adalah selama lima hari," tambah beliau.

 

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, jurulatih atau perunding bertauliah, telah mengetuai latihan ini dan memberi didik ajar yang bermanfaat kepada pelajar UUM dan graduan ini.

 

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar merupakan Ketua Perunding ZRTA Group Sdn Bhd dan juga seorang peguam terkenal.

 

“Saya gembira dan teruja dengan usaha pihak universiti dalam memastikan graduannya bukan sahaja dibekalkan ijazah akademik, malah  juga akan mendapat Sijil Pengantara,” kata Datuk Zainul.

 

"Kursus Pengantaraan selama 40 jam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah untuk menekankan atau memberikan kemahiran dan kebolehan menjadi seorang pengantara," kata Zainul Rijal.

 

Mereka yang menamatkan kursus ini akan dianugerahkan kelayakan yang boleh digunakan sama ada dalam syarikat sedia ada atau untuk membina perniagaan baharu yang mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain.

 

Selain itu, matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam komuniti mereka.

 

Dengan ijazah dalam pengantaraan, graduan mungkin menjadi peguam dan pengantara, dimana membuka peluang kerjaya dengan lebih luas," tambahnya.

 

Sijil Mediator yang bakal diterima ini mampu menjadi sebuah nilai tambahan kepada graduan itu untuk kekalkan sifat berdaya saing yang tinggi dalam diri mereka dan mencipta sebuah pencapaian dalam hidup mereka.

 

Lembaga Pengarah UUM, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, dan Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko UUM semua menghadiri majlis julung kali itu.

 

“Para peserta juga dapat membantu masyarakat dalam menyelesaikan konflik dalam kalangan keluarga, lokaliti dan organisasi pada masa hadapan,” kata  Prof Madya Dr Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang semasa perasmian kursus.

 

“Strategi mediasi ini dipercayai akan membantu pelajar mewujudkan persefahaman dan menerima tanggungjawab untuk memenuhi perjanjian yang telah dirundingkan tanpa menindas mana-mana pihak,” katanya.

 

Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar universiti menganggur yang akan memasuki tenaga kerja selepas menamatkan pengajian mereka dan mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang setimpal adalah penting bagi graduan untuk keluar daripada kemiskinan. 

 

Program ini dapat meningkatkan imej Universiti Utara Malaysia (UUM) dimana mengambil tanggungjawab bukan sahaja melahirkan pelajar yang berjaya dari segi pendidikan tetapi berupaya untuk memberikan kepentingan kepada sesebuah perundangan.

Akademik 2.jpg

(Perasmian program penyelesaian konflik ADR oleh Profesor Dr Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor UUM bersama Lembaga Pengarah UUM, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, dan Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko UUM)

38 TAHUN UUM MELAKAR MASA DEPAN GEMILANG

Oleh: Umi Nadzirah Rustam

E-mel: uminadzirah22@gmail.com

UMI-PORTRAIT GREEN BG.jpg

SINTOK - Menelusuri usia penubuhan 38 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM), warga universiti diseru untuk bersama-sama melakar masa depan dalam merealisasikan hala tuju UUM.

​

Dalam ucapan semasa Sambutan Hari Penubuhan UUM ke-38, Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, "Warga kampus harus bangun dan bangkit membina ibunda agar UUM menjadi menara gading yang akan menjadi sebutan generasi pada masa hadapan."

​

Sehubungan itu, beliau berkata telah merangka pelan mengikut tiga fasa bagi tempoh 2022 hingga 2035 bagi menjamin masa depan UUM yang cerah.

​

Bagi fasa 3, yang berlangsung dari tahun ini hingga 2025, beliau berkata universiti akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan yang akan merangkumi penjanaan hasil dalaman antara RM100 dan RM200 juta, kemasukan dalam Top 300 dunia, Top 50 Asia, dan Top 5 Malaysia, peningkatan 30 peratus dalam pelajar lepasan ijazah, pengeluaran 20% pelajar usahawan, dan peningkatan dalam sasaran Indeks Kesejahteraan.

​

“Kemudian, apabila kita memasuki fasa 4 (2026–2030), kita akan mengukuhkan lagi hala tuju universiti dengan meningkatkan kedudukan UUM di dunia, Asia, dan Malaysia, meningkatkan penjanaan dalaman kepada RM400 juta, 50% pelajar pasca siswazah, 30% pelajar usahawan, dan menaikkan Indeks Kesejahteraan kepada 5 bintang."

​

Beliau menyatakan bahawa matlamat yang diwujudkan itu bukanlah impian semata-mata, tetapi semua warga universiti perlu berusaha untuk merealisasikannya kerana beliau percaya bahawa hanya melalui pendidikan boleh mengubah nasib generasi yang akan datang.

​

Menurutnya, warga universiti masa kini perlu menyumbang kepada naratif kegemilangan UUM dengan meningkatkan atau memartabatkan nama universiti ke peringkat lebih tinggi agar dapat diingati generasi akan datang.

​

Beliau menyatakan bahawa beliau mahu UUM dapat menjana golongan terpelajar dan mengeluarkan anak-anak daripada kepompong kemiskinan dengan berkesan, justeru setiap orang harus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk negara dan negara.

"Saya juga berharap agar semua rakan pensyarah dapat mencurahkan sepenuh jiwa dan raga mereka bukan sahaja untuk berjaya sebagai individu sebagai profesor, tetapi juga untuk benar-benar menjadi profesor dan tenaga pengajar orang di dewan kuliah." Pada masa yang sama, pemimpin masyarakat mahkamah dengan mempersembahkan penyelidikan yang telah lama ditunggu-tunggu yang kini memberi sinar baru kepada masyarakat.

​

"Selain itu, saya berharap kita dapat beramah mesra dengan seramai mungkin orang, khususnya di Kedah, agar kesusahan yang melanda masyarakat kini dapat dirobohkan dan diperhalusi, serta penawar terbaik ditawarkan. Saya mahu ahli akademik UUM terkenal. bukan sahaja untuk penerbitan mereka atau untuk tulisan mereka di seluruh dunia, tetapi juga untuk sumbangan mereka kepada rakyat bangsanya, " katanya.

​

Prof Dr Haim Hilman turut bercakap mengenai pertumbuhan, pemerkasaan, dan inisiatif UUM, termasuk alumni, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), sumber manusia, pemerkasaan Jabatan Pendaftar, penyelidikan dan perundingan, penerbitan, pengkomersilan, komuniti dan industri, dana akreditasi, kedudukan, pengambilan pelajar antarabangsa, kerohanian pelajar, dan program keusahawanan.

​

Beliau turut membincangkan sumber dalaman universiti, seperti Jabatan Pembangunan Strategik dan Perniagaan (BSD) dan banyak jabatan, bahagian, dan pusat tanggungjawab yang terlibat, serta inisiatif dalam pembangunan UUM, seperti membangunkan semula Taman Siswa, Dataran Siswa, dan taman perindustrian.

Kemudian selesainya gimik akreditasi semula AACSB, penyampaian trofi Times Higher Education (THE) Awards Asia 2021 dalam kategori THE Data Points Improved Performance Awards, dan penganugerahan 35 program akademik UUM dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sijil akreditasi.

​

Seluruh warga universiti menyertai bacaan Yassin yang dikendalikan Mohd Firdaus Ahmat dari Pusat Islam bagi menyempurnakan sambutan Hari Penubuhan UUM ke-38 dan Amanat Naib Canselor.

Akademik 3.jpg

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam Majlis Sambutan Hari Pengasasan UUM Ke-38

bottom of page