SEFB DAN JABATAN PERHUTANAN BERI PENDEDAHAN TANAMAN POKOK BAKAU PELIHARA ALAM SEKITAR
Oleh: Abdul Qasim bin Jamil
E-mel: abdulqasim1312@gmail.com
SINTOK - Melalui kerjasama antara Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menjayakan Program penanaman pokok bakau di Kampung Simpang Kuala, baru-baru ini.
​
Melalui ceramah kepentingan pemuliharaan dan Perlindungan Kawasan Persisiran Pantai yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Zainuddin Jamaluddin pada Mac lalu adalah merupakan kesinambungan aktiviti pada kali ini.
​
Malah, pendedahan berkaitan kaedah penanaman pokok bakau dan pengurusan hutan bakau kepada pelajar telah dissampaikan dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Saudara Muhamad Abdullah.
​
Ujar beliau, kerajaan negeri juga turut berjaya untuk mengekalkan dan mewartakan kawasan seluas 6,201 hektar hutan paya laut dan ia merupakan hal yang wajar dibangga oleh anak jati Kedah.
​
Semenjak tahun 2005, 1.5 juta pokok bakau telah ditanam dengan mencapai keluasan 300 hektar. Manakala, terdapat 16,300 pokok rhu pantai dan sejumlah 8,200 spesies lain-lain yang berada pada 56 kawasan negeri Kedah sama ada di dalam hutan simpan dan di luar hutan simpan.
​
Pada masa yang sama, wakil Dekan SEFB selaku Timbalan Dekan Akademik, Dr. Diara Md Jadi mengamanatkan agar “pelajar terus mengambil peluang untuk pembangunan kendiri khususnya kemahiran komunikasi dan sosial, walaupun ianya dipelajari di luar dewan kuliah.”
​
Dr. Mohd Yushairi Mat Yusoff, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Industri dan Komuniti turut menzahirkan harapannya agar sinergi yang baik antara kedua belah pihak akan berterusan dalam memberikan pendedahan dan kesedaran buat generasi muda selain daripada melestarikan alam sekitar.
​
Program pada kali ini disertai seramai 39 warga UUM yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan pentadbiran, pelajar, dan 20 wakil Jabatan Perhutanan Negeri Kedah serta komuniti setempat. Sebanyak 800 pokok bakau juga berjaya ditanam.
​
Bagi menerapkan rasa cinta kepada pemuliharaan alam sekitar, warga UUM khususnya SEFB mengalungkan ucapan terima kasih, dan peluang yang diberikan untuk menyantuni komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan.
​
Berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh pihak universiti melalui teras T3D1C9 Number of Outreach Programmes and Project in the Local Community dan T3D2C1 Number of Events/Programmes Related to Environment and Sustainability adalah diharapkan program ini akan memenuhi kriteria yang diberikan. Tambahan pula, program ini turut menyokong Sustainable Development Goals (SDG) dalam memperoleh matlamat SD3: Good Health and Well Being dan SDG13: Climate Change.
Gambar Program: Koleksi foto kolaborasi antara pihak SEFB dengan
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
SINTOK – Tiga staf Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menakluki Everest Base Camp (EBC) di Nepal yang berketinggian 5364 meter (m) dan mengibarkan bendera UUM pada tarikh 24 Mac 2022.
​
Antara staf tersebut ialah Dr. Mohd Raime Ramlan dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Norzaliza Ghazali dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan Amirudin Hashim dari Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD).
​
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, Misi Kemanusian UUM-APM Endurance Challenge Sempena Sambutan Ulangtahun UUM KE-38 dan Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-70 yang berlangsung pada 15 hingga 24 Mac 2022 merupakan tujuan ekspedisi pendakian untuk menawan EBC di Gunung Everest.
​
Katanya, UUM sebagai rakan strategik Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dan Lions Clubs, juga menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan enam unit komputer kepada Shree Manjushree Basic School di Nepal.
​
Misi ini bersesuaian dengan agenda UUM untuk mengukuhkan dan meningkatkan imej UUM di peringkat global.
​
“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pendaki-pendaki yang telah menciptakan rekod dan mengharumkan nama universiti kita kerana pencapaian ini merupakan hasil sokongan dan dorongan oleh semua pihak.
​
“Pencapaian ini ialah satu pengiktirafan kepada UUM dan percaya bahawa mentaliti dan keyakinan yang ditonjolkan oleh mereka dapat dijadikan inspirasi buat seluruh warga UUM untuk berjaya,” ujarnya.
​
Selain itu, Amirudin berkata, kejayaan menakluki EBC merupakan hadiah kepada UUM, khususnya Naib Canselor, yang telah banyak memberi sokongan, harapan dan doa kepada mereka bertiga demi menjayakan misi tersebut.
​
Menurutnya, empat anggota APM bersama sherpa dari Nepal, Sonam Sorna telah membantu mereka bagi membimbing pendakian tersebut.
​
“Kami bermula mendaki dari Lukla pada 10.00 pagi waktu tempatan sebelum singgah di sekolah tempatan yang dipilih bagi menghadiahkan komputer menerusi program CSR dan kemudian meneruskan pendakian sehingga ke EBC.
​
“Alhamdulillah, pendakian selama tujuh hari yang mencabar untuk ke gunung tertinggi dunia dapat direalisasikan apabila kami berjaya menakluki EBC,” katanya.
Pasukan pendaki kembali ke tanah air pada 29 Mac 2022 sejurus turun semula dari Lukla yang mengambil tempoh selama empat hari.
Gambar-gambar pasukan pendaki UUM yang berjaya takluk Everest Base Camp
PILIHAN RAYA UUM DIADAKAN DALAM TALIAN
Oleh : Kelvin Raj A/L S. John Peter
E-mel: kelvinraj03@gmail.com
SINTOK - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2020/2021, Universiti Utara Malaysia akan menjalankan pilihan raya kampus secara dalam talian.
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) dijalankan secara dalam talian dari 23 November hingga 26 November.
Terdapat dua fasa dalam proses pengundian ini. Jawatan-jawatan Majlis Perwakilan Pelajar diisi dalam dua peringkat: pertama, dengan mencalonkan dan berkempen untuk calon-calon berpotensi untuk bertanding jawatan; kedua, dengan memilih individu tersebut.
Untuk mengelakkan potensi jangkitan COVID-19, prosedur pengundian kali ini telah dijalankan secara dalam talian kerana kebanyakan pelajar tidak berada di kampus pada masa ini.
“Setiap pelajar UUM boleh mengundi, sama ada di kampus atau di rumah, dan semua calon mesti mematuhi prosedur pilihan raya dan menjaga nama baik UUM semasa kempen”, kata Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr Hendrik Lamsali.
Terdapat dua fasa untuk pilihan raya. Penamaan calon dan kempen untuk mempromosikan mereka adalah pertama, dan kemudian pemilihan calon untuk Majlis Perwakilan Pelajar.
Prosedur penamaan calon bermula pada 23 November dan berakhir pada 25 November. Seterusnya, pada 26 November akan berlangsungnya majlis pengundian bagi pemilihan Wakil Pelajar 2020/21.
Ahli Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM bagi tahun 2020/2021 telah ditubuhkan dimana Pengerusinya adalah Muhammad Nazmi Akmal Rahman dan Pengarah Pilihan Raya adalah Behoney Low Lee Tong, yang akan bekerjasama dengan 20 ahli Sekretariat yang lain bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.
TNC HEPA Prof Dr Hendrik Lamsali termasuk beberapa pegawai JHEP telah menyaksikan majlis angkat sumpah oleh 22 calon tersebut di bilik Mesyuarat Pusat Penginapan Pelajar.
Sekretariat yang ditubuhkan ini adalah untuk mentadbir pilihan raya ini dengan jujur, terbuka dan adil supaya dapat memilih calon yang bertanggungjawab serta sesuai untuk menjawat jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar.
Hasilnya, pilihan raya kampus dalam talian akan mengukuhkan reputasi UUM serta memberi idea kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) cara menjalankan pilihan raya dalam talian semasa penularan Covid-19.
Poster mengenai pilihan raya kampus
UUM INTRODUCES E-CONVO SYSTEM USING RFID
By :Kirtinee A/P Ramesh
E-mail : R. Kirtinee@gmail.com
SINTOK - For the first time, the e-Convo system based on Radio Frequency Identification (RFID) technology was introduced at the 33rd Convocation Ceremony of Universiti Utara Malaysia (UUM).
​
The convocation was held at the Dewan Mu'adzam Shah. The hall was filled with students, lecturers, parents and many other VIP’S.
​
The idea of having this system came from the Vice Chancellor of UUM, Professor Dr Haim Hilman Abdullah. However, this system was developed by the Information System of UUM which is UUMIT. There are two functions of the RFID system that is for the robe management system and graduate’s name call system.
​
“The RFID system is a great way to maintain social distancing as it could reduce physical contact interaction in close proximity between graduates to help control the spread of Covid-19 during the convocation ceremony which lasted for a week.
​
The size of the RFID card is so small but its function is really strong and accurate. The RFID tags have high durability and can be used for a long period of time. It will be pinned on all the graduate robes to enable robes rented by graduates to be detected by scanners upon the robe collection and return” he said.
​
Robe management will be more efficient and able to generate robe inventory reports more quickly and efficiently with this technology, while for the Graduate Name Call system, RFID tags attached to graduate robes will work with scans detected by RFID scanners and graduate names will be announced automatically while the graduate is on stage to pick up the degree scroll.
​
Haim Hilman expressed pride that UUM took the initiative to build the technology that will be utilized for the first time in this convocation ceremony as part of the university's endeavour to minimize the spread of Covid-19 by implementing standard operating procedures (SOP).
​
He also said that “When compared to smart cards, which need staff to touch the card on the scanner, RFID technology may now minimize the work process of the convocation ceremony as well as the manpower of the staff involved.”
​
He believed that by having this system it can lessen the chance of losing the robe during the process of collection and returning the robe, hence minimizing the error of announcing the graduate's identity when receiving the degree.
​
“In fact, the implementation of the new technologies can minimize the risk of Covid-19 transmission because all robes will be placed in the supplied plastic and quickly delivered to the laundry centre once the convocation session finishes” he said.
​
UUM is considerate of their student’s safety and health including the people involved. It also reduces manpower that gives employees the opportunity to work in a calm environment.
Therefore, RFID innovation is able to boost UUM's reputation as a Public University that optimizes the latest technology. This creative idea must also be practiced by many other fields as an added advantage.
33rd Convocation ceremony poster with the Vice-Chancellor
UUM TIDAK PINGGIRKAN PELAJAR B40
Oleh: Umi Nadzirah binti Rustam
Emel: uminadzirah22@gmail.com
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil berat tentang kebajikan pelajar, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40, dan ingin menjamin bahawa mereka mempunyai akses kepada pilihan pendidikan yang lebih luas.
​
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UUM telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu pelajar dalam kumpulan B40 agar dapat meneruskan pembelajaran dengan berkesan.
​
Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), menyatakan bahawa salah satu misi JHEP adalah untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan pelajar.
​
Pelbagai inisiatif telah dirangka JHEP melalui Bahagian Khidmat dan Sokongan Pelajar (SSSD) sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Menurutnya, “Program Komputer Riba 4 U” yang bertujuan untuk meringankan beban pelajar meneruskan pengajian proses pembelajaran dalam talian dalam norma baharu.
​
“Tahun ini, kami akan meneruskan usaha membantu pelajar menyambung pengajian di UUM secara inklusif dengan bantuan dan sumbangan yang ditawarkan, termasuk menyediakan kemudahan yang baik kepada mereka,” kata kenyataan itu.
​
“Sehingga kini, pelajar menerima pelbagai jenis sokongan seperti bantuan bencana alam, komputer, tablet, bantuan kesihatan, bantuan secara ‘one-off’ dan banyak lagi supaya mereka selesa untuk belajar dan dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan mudah,” jelasnya.
​
Menurutnya, UUM sedang giat meminta sumbangan daripada pencarum sama ada dalam bentuk tunai atau barangan melalui SSSD.
​
Malah, beliau menyatakan hasil sumbangan itu, UUM dapat menyumbangkan 347 komputer bernilai RM657,000 kepada pelajar yang memerlukan.
​
Menurutnya, pihak universiti kini sedang menjalankan siri 'HEPA Reach Out' bagi menyalurkan sumbangan sokongan komputer riba kepada pelajar B40 yang berkelayakan dan memenuhi piawaian yang ditetapkan secara berkala.
​
Sehubungan itu, UUM mempelawa penyumbang untuk menghimpunkan sokongan bagi objektif penyediaan komputer riba ini kepada pelajar B40 dan B40 UUM yang komited.
Antara pelajar B40 yang mendapat bantuan