BENGKEL “WHERE DO WE BEGIN: INTERNSHIP 101” MEMBERIKAN IMPAK POSITIF KEPADA PELAJAR UUM
Oleh: Anis Farzana Binti Mohamed Hamidi
Emel: farzanaanis0@gmail.com
SINTOK - Institute of Public Relations Malaysia Student Association (IPRMSA)- UUM Chapter Universiti Utara Malaysia (IPRMSA UUM) telah menganjurkan bengkel "Where Do We Begin: Internship 101".
Bengkel tersebut telah dilangsungkan pada 14 Januari 2022 yang melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua jam melalui platform Facebook rasmi IPRMSA UUM secara langsung.
Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk berkongsikan tentang latihan amali kepada pelajar terutamanya dalam bidang perhubungan awam serta mendedahkan tentang dunia pekerjaan yang sebenar.
Perkongsian itu telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang mempunyai latar belakang mengenai perhubungan awam, Cik Yinxie dari syarikat Internspoon dan Puan Fazlyn Kamal dari syarikat MaGiC.
Selain itu, penceramah juga mendedahkan cara untuk berjaya menempatkan diri dalam latihan, dan realiti menjadi pelatih untuk syarikat perhubungan awam di kalangan pelajar UUM dan masyarakat di luar.
“Pada mulanya, saya kurang pendedahan tentang latihan amali. Tetapi, setelah mendengar perkongsian
tersebut, saya sudah memahami tentang latihan amali dan saya akan pratikkan tips yang telah dikongsikan di dalam bengkel tersebut” ujar salah seorang peserta yang mahu dikenali sebagai Maya.
Pengarah program bengkel "Where Do We Begin: Internship 101", Nur Sarah Zulaikha berkata beliau bercadang untuk menganjurkan bengkel ini adalah disebabkan kadar pengangguran di kalangan graduan semakin meningkat oleh hal kerana tidak mempunyai pengalaman kerja.
“Dengan adanya bengkel ini, pelajar didedahkan tentang pekerjaan dunia luar melalui perkongsian penceramah jemputan terutamanya dalam bidang perhubungan awam serta beberapa tips latihan amali yang boleh digunakan untuk kegunaan masa hadapan” ujar beliau.
Bengkel ini memberikan impak positif kepada pelajar yang berminat untuk menceburi diri dalam bidang perhubungan awam.
Penceramah jemputan, Puan Fazlyn Kamal juga memberi respon positif bahawa beliau gembira dapat mengongsikan pengalaman serta ilmu kepada pelajar Universiti Utara Malaysia.
Ujar beliau lagi, ini adalah salah satu inisiatif kepada pelajar untuk mengetahui tentang dunia pekerjaan serta dapat mengelakkan perasaan gugup dan gementar semasa menjalani latihan amali.
Rata-rata peserta memberikan komen positif dan berharap supaya lebih banyak bengkel diadakan yang memberi manfaat serta kegunaan pada masa akan datang.
Poster Program Bengkel "Where Do We Begin: Internship 101"
SINTOK - Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan tiga program penjana KPT-PACE selepas menerima peruntukan sebanyak RM363,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
​
“ACCA Certificate in Global Services (GBS), PECB Certified General Data Protection dan ACCA Accelerate merupakan tiga program yang akan dilaksanakan,” kata dekan TISSA-UUM Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf.
​
Tujuan dari program ini adalah untuk membantu pelajar mencapai kualifikasi profesional di bidang akuntansi dengan memberikan dukungan untuk dua dari empat modul ACCA.
​
Kelayakan profesional ini dapat memberi nilai tambah untuk masa depan kerja dalam bidang profesional perakaunan.
​
Menurutnya, program ini akan membantu meningkatkan ‘visibility’ dan ‘marketability’ UUM dan membuat UUM lebih terlihat dan berharga di tingkat global kerana visualisasi data dan analisis data semakin menjadi bidang penting dalam perakaunan.
​
Di samping itu, program ini juga akan membantu meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan (GE) UUM khususnya graduan perakaunan, dan menghasilkan graduan perakaunan dengan kualifikasi profesional akuntansi.
​
Mahasiswa akauntansi yang menduduki peperiksaan di bawah program ACCA Accelerate dapat mempunyai manfaat pengjimatan yuran peperiksaan, katanya.
Ketiga-tiga program tersebut dikatakan mampu memberi nilai yang signifikan bagi graduan dan siswa dari pusat pengajian ini, terutama dalam menjadi anggota badan professional dan menjadi lebih kompetitif di pasar kerja pada masa depan.
​
Pelajar akan belajar selama tiga hari pengajian dalam talian sebelum mengambil peperiksaan pensijilan bagi program PECB Certified General Data Protection.
Untuk sijil ACCA GBS, program ini akan dijalankan secara dalam talian dimana pelajar dikehendaki menghadiri 10 jam sesi ulangkaji dengan tutor dan 30 jam belajar sendiri, dan menjalankan pemantauan dan ujian dalam talian pada platform ACCA.
​
Pelajar akan menghadiri kursus pengajian dalam talian selama 20 hari dan akan mengambil dua peperiksaan sepanjang dua semester untuk program Accelerate ACCA.
​
Program Penjana KPT-PACE memfokuskan penganugerahan sijil profesional sebagai nilai tambah kepada graduan untuk meningkatkan peluang pekerjaan.
Program ini adalah untuk memberi bantuan kepada graduan dan pelajar semester akhir 2021 membayar program sijil profesional yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.
​
“Pada masa hadapan, saya berharap TISSA-UUM dapat mewujudkan simulasi firma perakaunan sendiri agar dapat menyediakan ruang kepada pelajar untuk dilatih dalam bidang perakaunan, audit dan sebagainya sebagai pendedahan kepada kerjaya perakaunan sebelum mereka memasuki pasaran kerja.”kata beliau.
Sesi Perkongsian oleh Dekan TISSA-UUM
BENGKEL RESEPI BUBUR LAMBUK BERSAMA ENCIK JAMIL MAT
Oleh: Mime Althea Anak Robert
SINTOK - Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengadakan satu bengkel Resepi Bubur Lambuk bersama En. Jamil Mat.
​
Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada warga UUM terutamanya para pelajar universiti berkenaan simbolik pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan.
​
Bukan itu sahaja, bengkel tersebut juga bertujuan bagi memperkenalkan resipi turun temurun pembuatan bubur lambuk oleh En. Jamil Mat, chef jemputan untuk bengkel tersebut.
​
En. Jamil Mat merupakan ketua chef bagi acara masakan di Pusat Budaya dan Seni UUM. Beliau merupakan orang lama yang pakar dalam bidang masakan rakyat.
​
Bengkel tersebut diadakan secara atas talian melalui Fb live Pusat Budaya UUM pada 18 April 2022 pada jam 10 pagi.
​
Seterusnya, bengkel tersebut menampilkan saudara Nisa selaku petugas yang melaporkan situasi yang berlaku di tempat kejadian serta sebagai wakil Pusat Budaya untuk menemu ramah chef jemputan dalam bengkel tersebut.
​
Pada bengkel ini, Encik Jamil mengatakan bahawa masakan bubur lambuk ini merupakan tradisi yang sentiasa dilakukan oleh rakyat Malaysia setiap kali bulan Ramadhan.
​
“Setiap orang mempunyai resipi tersendiri dalam pembuatan bubur lambuk” kata En. Jamil.
​
En. Jamil turut memberikan tips bagi membolehkan bubur labuk tahan lebih lama iaitu dengan membiarkan bubur tersebut sejuk dahulu sebelum menutup bekas bubur lambuk itu.
​
Sehubungan dengan itu, En. Jamil juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai menu-menu yang dijual oleh beliau dan rakan-rakannya sepanjang bulan Ramadhan ini.
​
Tambah beliau lagi,” tempahan boleh di buat melalui rakan-rakannya ataupun melalui beliau sendiri”.
Harapan beliau adalah resipi yang dikongsi dapat diguna pakai oleh semua yang menonton Facebook live tersebut.
Gambar 1: Poster Hebahan Resepi Bengkel Bubur Lambuk Bersama Encik Jamil Mat
PERKOM : JUALAN BAJU MAMPU MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN DAN MENAIKKAN IDENTITI PERSATUAN
Oleh: Nur Liyana Binti Zahari
Emel: nurlieyana21@gmail.com
​
SINTOK - Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (PERKOM UUM) baru-baru ini melancarkan jualan baju bertemakan ‘Be Enthusiastics with Yourself’. Jualan berlangsung dari 18 Mac hingga 1 Mei yang lalu.
​
Program ini merupakan satu program tahunan dimana PERKOM akan mengeluarkan produk yang direka khas untuk pelajar jurusan komunikasi seperti baju dan beg.
​
PERKOM telah mengeluarkan 2 edisi baju bersama beg yang direka khas sesuai dengan tema jualan.
​
Edisi yang diperkenalkan ialah ‘BCOMM Edition’ dan ‘SMMTC Edition’ memaparkan identiti jurusan Komunikasi dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.
​
Jualan diadakan secara atas talian seperti laman ‘Facebook’, ‘Whatsapp’ dan ‘Instagram’. Persatuan di bawah pusat pengajian yang sama seperti PERMEDIA, IPRMSA juga dipanggil untuk turut bersama mempromosikan jualan agar mendapat sambutan yang menggalakkan.
​
Tujuan utama adalah untuk menaikkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar disamping menaikkan identiti jurusan dan pusat pengajian agar lebih dikenali ramai.
​
Selain itu, Pengarah Program Be Enthusiastic with Yourself , Nur Liyana menitik beratkan isu keyakinan dalam diri pelajar yang semakin tipis.
​
Oleh yang demikian, Liyana ingin menaikkan keyakinan diri pelajar dengan mempromosikan jualan yang bertema keyakinan diri kepada semua pelajar di bawah pusat pengajian ini.
​
Menjelang bulan Ramadhan, PERKOM membuat jualan promosi potongan harga serendah RM48 per set iaitu harga mampu milik bagi semua pelajar. Ia merangkumi sehelai baju dan sebuah beg direka khas ‘Be Enthusiastic Witth Yourself’.
​
“Saya mahu mereka bangga kerana menjadi salah seorang pelajar jurusan Komunikasi dibawah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Dengan adanya program seperti ini, disamping mencari dana bagi persatuan, kita juga dapat bantu menaikkan keyakinan diri pelajar,” ujar Liyana ketika ditemu ramah di bangunan SMMTC kelmarin.
​
Jualan ditamatkan dengan kutipan sebanyak 130 tempahan daripada pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia.
Liyana berharap melalui program ini, identiti PERKOM dan SMMTC akan lebih dikenali seluruh mahasiswa UUM serta meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menempuhi perjalanan hidup di peringkat universiti.
Poster hebahan jualan yang dikeluarkan oleh AJK PERKOM baru-baru ini
SINTOK - Kelab Tabung Haji Universiti Utara Malaysia (TaHa UUM) bagi sesi 2021/2022 telah mengadakan satu program perkongsian ilmu yang bertajuk “KWSP Dan ANDA” bertarikh 17 Mei 2022 dan berlangsung selama dua jam dari pukul 8:30 malam sehingga 10:30 malam.
Program ini telah disiarkan secara langsung di atas talian, dimana telah menggunakan platform sosial media Facebook Kelab Taha UUM dan mempunyai dua sesi iaitu sesi perkongsian dan juga sesi soal jawab antara penceramah dengan soalan-soalan yang diberikan di dalam ruangan komen di Facebook oleh peserta yang hadir. Program ini telah dihadiri seramai 201 orang yang terdiri daripada pelajar UUM dan juga orang awam.
Panel jemputan program ini adalah seorang wanita yang sangat bertauliah dan berkemahiran dalam bidang perancangan dan penyimpanan kewangan iaitu Puan Noorfazira Bt Ahmad Tarmizi yang merupakan seorang Pegawai Khidmat Penasihat SRFP, Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) EPF di Alor Setar dan beliau juga merupakan seorang bekas graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
Objektif program ini diadakan untuk memberi perkongsian, pendedahan dan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan orang awam tentang betapa pentingnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa hadapan. Hal ini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang khususnya hadir di program ini.
Program dimulai dengan kata-kata pendahulu dari Cik Anis Nasuha selaku pengacara majlis dan diikuti dengan bacaan doa dari saudara Aminuddin. Setelah itu, panel jemputan, Puan Noorfazira memulakan perkongsian dengan memberitahu apa itu KWSP dan diikuti dengan topik-topik seterusnya. Beliau banyak menekankan tentang topik-topik yang sangat penting berkaitan dengan KWSP.
“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu agensi kerajaan yang ada di negara Malaysia bagi menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan untuk pekerja di sektor swasta dan awam yang tidak berpencen.”
Lagi, ianya berfungsi melalui sumbangan bulanan daripada pekerja dan majikan ke akaun simpanan sendiri dan simpanan ini boleh digunakan dalam pelbagai pelaburan oleh KWSP.
Perkongsian ilmu oleh Puan Noorfazira dapat membuka mata para pelajar untuk mengambil berat tentang betapa pentingnya simpanan dan caruman KWSP ini untuk masa hadapan.
“Sesetengah golongan menganggap yang simpanan peribadi mereka sudah mencukupi bagi menampung kehidupan di hari tua mereka. Tetapi sebaliknya, simpanan peribadi tidak dapat menjamin kewangan yang sepenuhnya pada masa hadapan apatah lagi jika individu tersebut tidak bijak dalam menguruskan perbelanjaan.” kata Puan Noorfazira
“KWSP mengalakkan orang ramai untuk mencarum dengan KWSP di bawah skim i-Saraan dimana mereka akan dapat menikmati pelbagai manfaat sama seperti ahli yang lain. Di antaranya, mereka dapat menerima bantuan kematian, pelepasan cukai dan dividen.” tambahnya lagi.
Beliau juga bertegas mengatakan bahawa KWSP akan memberi tumpuan terhadap keselamatan pendapatan persaraan dengan cara mengukuhkan kecukupan simpanan ahli-ahlinya.
Setiap topik-topik yang dikongsi oleh Puan Noorfazira sangat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan baharu kepada para peserta yang menghadiri program ini.
Akhir sekali, semasa sesi soal jawab, Puan Noorfazira telah menjawab semua persoalan yang telah ditanya di ruangan komen berkaitan KWSP dan sebagainya. Semua persoalan itu dijawab oleh beliau dengan penuh maklumat dan jelas.
Program ini telah mendapat sambutan yang hangat apabila seramai 201 orang telah menyertai program tersebut dan diharapkan program sebegini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih teliti dan jelas tentang KWSP sekaligus dapat mengajak lebih ramai peserta untuk membuka akaun KWSP ditambah pula dengan manfaat yang diberikan bagi menjamin masa hadapan para peserta.
Poster Program KWSP Dan ANDA
IHYA’ RAMADAN PUSAT ISLAM UUM 1443 HIJRAH
SINTOK - Selepas hampir dua tahun kehadiran jemaah dihadkan berikutan pandemik COVID-19, Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Kampus Utama ini kembali dibuka dan menerima kedatangan para kakitangan dan pelajar UUM sempena Ramadan 1443 Hijrah.
Program Iftar Jamaei 2022 merupakan salah satu program bagi mengimarahkan bulan Ramadan di UUM. Program ini merupakan program berbuka puasa secara berjemaah 30 hari sepanjang bulan Ramadan yang berada di sekitar kampus.
Program dibawah kendalian Pusat Islam ini telah dapat mengumpulkan seramai 600 orang pelajar dan kakitangan termasuk orang luar untuk hadir mengimarahkan masjid ini.
Di samping juadah berbuka puasa yang diuruskan oleh Pusat Islam, program ini turut mendapat kerjasama daripada pensyarah dan ibu bapa yang menyediakan juadah berbuka kepada para jemaah. Para pelajar turut diberikan peluang untuk menjadi sukarelawan dalam membantu mempersiapkan hidangan berbuka.
“Selain dari mengejar keberkatan bulan Ramadan, program berbuka puasa ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, kakitangan serta ibu bapa yang terlibat,” kata Muhammad Hakam Syukur Mohd Azhar, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Sultan Badlishah UUM.
Pusat Islam juga melaksanakan solat tarawih secara berjemaah sebagai salah satu pengimarahan masjid pada Ramadan kali ini. Selepas dua tahun masjid ini lengang tanpa suara dan wajah para pelajar dan kakitangan disini, kali ini keheningan itu kembali meriah dengan kehadiran mereka pada fasa pertama kemasukan ke dalam kampus.
Dianggarkan seramai 750 orang yang hadir pada setiap hari untuk sama-sama mengimarahkan solat tarawih yang diimamkan oleh Pengarah Hal Ehwal Islam, Muhammad Syazwan Menun bersama Biro Kerohanian dari Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) setiap inasis.
Selain itu, program Tadarus al-Quran secara bersemuka turut dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 11:30 pagi bagi para pelajar yang berada di kampus.
Majlis Khatam al-Quran pada 23 April yang lepas diadakan sebagai penutup untuk program Tadarus al-Quran dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UUM.
Menurut Hakam, program yang dijalankan merupakan inisiatif untuk mengimarahkan lagi masjid supaya kembali meriah. Harapannya supaya masjid diimarahkan bukan sahaja pada bulan Ramadan malah pada hari-hari biasa.
Pusat Islam akan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan pada masa hadapan dengan mendapatkan maklum balas daripada jemaah yang hadir.
Gambar-gambar Ihya’ Ramadhan 1443 Hijrah di Masjid Sultan Badlishah UUM
ALUMNI ENGAGEMENT: MENCIPTA BAHAGIA DALAM DIRI
Oleh: Nur Syahirah Binti Azali
Emel: syahirahazali@gmail.com
SINTOK - Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan siri tazkirah dan salah satunya bertajuk Alumni Engagement: Mencipta Bahagia Dalam Diri sempena bulan Ramadhan baru-baru ini.
​
Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan siaran langsung melalui Facebook Live Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 17 April 2022 bersamaan 15 Ramadhan 1443 H, hari Ahad, jam 10:00 pagi.
​
Untuk mengetahui konsep, kepentingan dan bagaimana untuk mencipta bahagia dalam diri, Pusat Alumni UUM telah menjemput Encik Abdul Shakor Bin Abdullah sebagai moderator dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah, Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa sebagai penceramah untuk memberi pendedahan kepada peserta erti bahagia yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian.
​
Menurut beliau, setiap individu mencari kebahagiaan atau ketenangan kerana menjadi bahagia adalah impian dan kehendak manusia.
​
“Dalam bahasa Arab, bahagia disebut sebagai ‘sakinah’ iaitu ketenangan dan ‘hasanah’ iaitu kebaikan juga diterjemahkan sebagai kebahagiaan”, katanya.
​
Tambahan lagi, pelbagai tafsiran dapat diberi untuk menjelaskan erti bahagia dalam diri seseorang. Antaranya meletakkan kebahagiaan melalui harta, kecantikan dan jawatan.
​
Kebahagiaan melalui harta diukur melalui kemuncak kebahagiaan selagi mana mereka kaya, kebahagiaan melalui kecantikan pula diukur melalui paras rupa yang cantik dan kebahagiaan oleh sebab jawatan dilihat menerusi pangkat atau taraf pendidikan yang tinggi.
​
Justeru, beliau telah menekankan dan menjelaskan bahawa “sumber paling penting apabila memberi penafsiran kepada bahagia ialah jangan tafsirkan bahagia pada kaca mata manusia tetapi bahagia itu mesti dicari dan ditafsirkan pada kaca mata pencipta.”
​
Oleh itu, bahagia perlu dicipta dalam diri individu. Bulan Ramadhan ini merupakan peluang bagi setiap individu untuk mendidik jiwa dan diri agar menjadi insan yang bertakwa, cemerlang dan berintegriti.
​
Siri tazkirah ini disertai oleh lebih daripada 300 orang peserta dalam kalangan pelajar dan staf UUM. Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni UUM dan Encik Halim bin Md. Yatim, Penolong Pengarah Pusat Alumni UUM.
Diharapkan agar peserta yang menghadiri siri tazkirah ini mendapat manfaat dan mengaplikasikan ilmu mengenai mencipta bahagia dalam diri yang telah dikongsikan.
Program Alumni Engagement: Mencipta Bahagia Dalam Diri Anjuran Pusat Alumni UUM
PROGRAM THE ACE SHOP 3.0 BANTU PENIAGA ONLINE
Oleh: Nurin Atira Raihana Binti Khalib
Emel: nurinatira2800@gmail.com
SINTOK - Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengadakan satu webinar mengenai stigma menjejaskan kesihatan mental pelajar baru-baru ini.
​
Webinar tersebut bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai khususnya para pelajar universiti bahawa pentingnya menjaga kesihatan mental. Program secara maya ini berlangsung pada 26 April 2022.
​
Seterusnya program tersebut menampilkan saudari Fatin Athirah selaku moderator serta mewakili semua ahli Jawatankuasa Kerohanian dan Rekreasi, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.
​
Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar serta staf universiti bahawa perlunya menjaga stigma dalam diri agar tidak mudah menilai orang melalui pandangan luaran sahaja.
​
Hal ini menunjukkan ia berjaya memberi impak positif kepada para pelajar khususnya kepada yang hadir mengenai stigma yang dapat memberi kesan kepada kesihatan mental.
​
“Pengurusan stigma kendiri dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan mental seperti kehidupan seharian menjadi lebih tenang, kurang berisiko kepada relapsed dan sebagainya”, ujar panel jemputan program, Fatihah Shuib.
​
“Perkongsian ini sangat mendalam dan menarik untuk dikongsi bersama para pelajar dan staf. Ianya bertujuan untuk memulihkan kesihatan mental, seseorang perlu mempunyai 4 perkara iaitu biologi, psikologi, spiritual dan sebagainya.
​
“Sebagai seorang penghidap bipolar sendiri beliau sangat percaya bahawa orang ramai yang mempunyai pengikut yang ramai dalam satu perkara yang hendak diperjuangkan, stigma masyarakat itu dapat dielakkan. Kesedaran ini sangat penting dalam isu menjaga kesihatan mental khususnya kepada para pelajar universiti”, tambah beliau lagi.
​
Beliau juga memberikan pandangan bahawa sekiranya ingin mengurangkan stigma, seseorang itu harus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh individu-individu yang terlibat dengan isu kesihatan mental itu sendiri.
​
“Sokongan dari orang sekeliling juga penting dalam mengubati kesihatan mental seseorang, samada sokongan daripada keluarga mahupun rakan-rakan dapat mendorong pesakit itu untuk terus maju kehadapan.
​
“Untuk menghadapi sebarang isu di masa hadapan, seseorang itu perlu mengenal diri mereka terlebih dahulu. Masyarakat perlu menerima dan memberi sokongan kepada pesakit dengan tidak memberi tanggapan awal terhadap mereka”, kata beliau.
Dengan harapan, masyarakat dapat menerima segala input yang telah disediakan melalui webinar ini.
Poster hebahan webinar
PROGRAM THE ACE SHOP 3.0 BANTU PENIAGA ONLINE
Oleh: Nurul Syafiqah Binti Mohd Hafidz
E-mel: nurulsyafiqahmh@gmail.com
SINTOK - Biruberry Studio telah menganjurkan program The Ace Shop 3.0 selama tiga hari bersempena Karnival 3K (Kebudayaan, Kesenian, Keusahawanan), untuk membantu para peniaga secara atas talian. Program ini mempromosikan pelbagai produk jualan kepada para audiens.
Program secara maya ini dijalankan secara langsung menerusi Facebook Pusat Budaya UUM. Seramai empat orang wakil Biruberry Studio yang terlibat sebagai moderator dalam program tersebut.
Pengarah urusan Biruberry Studio selaku hos program The Ace Shop 3.0, Puteri Nor Syazwani Yahya dan salah seorang wakil, Muhammad Idzham Syah Othman turut serta dalam menjayakan majlis ini.
“Saya berasa sangat bangga dapat membantu peniaga di sekitar Changlun untuk meningkatkan jualan mereka serta bersyukur kerana atucara program berjalan lancar,” katanya.
Menurut Muhammad Idzham, dengan adanya program seperti ini, ia bukan sahaja dapat membantu para peniaga akan tetapi aktiviti seperti ini memberi banyak pengalaman serta memperluas ilmu pengetahuan kendiri.
Program The Ace Shop ini merupakan satu inisiatif yang dilancarkan bagi membantu mempromosikan barang jualan secara langsung dan menjelaskan dengan lebih terperinci.
Tambahan pula, program ini bertujuan menarik perhatian para penonton untuk membeli dan memberitahu tentang barangan yang dipromosikan.
Puteri Nor Syazwani dan Muhammad Idzham menjelaskan harapan mereka agar program The Ace Shop ini terus maju ke hadapan dengan wujudnya pembaharuan dan penambahbaikan dalam program tersebut.
Selain itu, aktiviti ini dijadikan platform utama buat peniaga kecil sederhana (PKS) dalam menjalankan perniagaan secara atas talian, jelasnya lagi.
Pengarah urusan Biruberry Studio selaku hos program The Ace Shop 3.0, Puteri Nor Syazwani Yahya bersama wakil Biruberry, Muhammad Idzham Syah Othman.
SINTOK – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Pusat Islam di Universiti Utara Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) telah menganjurkan program “Projek Amal Ramadhan” di sepanjang bulan Ramadan yang lalu.
​
Pengarah Projek, Eksekutif Kesukarelawan MPP, Anis Nadira Tarmizi berkata, projek ini bertujuan untuk menyantuni pelajar dan staff UUM yang tidak dapat pulang ke rumah dengan menyambut bulan Ramadan bersama mereka. Katanya, kerjasama ini bagi membantu meringankan beban pelajar B40 dan anak yatim yang tidak berkemampuan membeli makanan dan minuman berbuka puasa.
​
Menurutnya, terdapat sebanyak enam subprogram di bawah projek ini antaranya, “Marhaban Ya Ramadhan”, “Ceramah Perdana”, “Kaseh Ramadhan”, “Kaseh Murni Ramadhan”, “Kongsi Kaseh Ramadhan” dan “Tadarus Al-Quran”.
​
“Program yang berlansung selama 21 hari ini disertai oleh 47 sekretariat termasuk 5 orang Majlis Tertinggi program yang juga terdiri daripada Eksekutif Kesukarelawanan dan Eksekutif Sahsiah dan Moral. Projek ini juga adalah kolaborasi antara Majlis Perwakilan Pelajar dan Pusat Islam dan juga Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD).
​
“Sebanyak 6 subprogram di bawah projek ini yang berjaya dilaksanakan serta membolehkan kami melakukan aktiviti pengagihan bubur lambuk, juadah sahur dan berbuka, kurma, bingkisan raya dan bantuan baju raya kepada anak yatim sekitar serta pelajar dan staff yang tidak pulang sambut Ramadhan di rumah”, katanya.
​
Menurutnya, setiap subprogram yang dilakukan mendapat sambutan yang baik dari pelajar dan staff Universiti Utara Malaysia (UUM) serta pelbagai pihak. “Subprogram Kongsi Kaseh Ramadhan berkolaborasi antara MPP bersama pihak SSSD dan PTPTN untuk menjayakannya”, ujarnya.
​
Pada fasa pertama subprogram Kongsi Kaseh Ramadhan, bubur lambuk diedarkan kepada pelajar UUM dan komuniti sekitar. Gotong-royong memasak bubur lambuk ini dijalankan pada jam seawal 8 pagi. Sebanyak 1000 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada warga UUM selepas selesainya ucapan perasmian tetamu kehormat dari PTPTN setelah selesainya solat Jumaat. Pada fasa kedua, bubur lambuk diagihkan kepada komuniti sekitar Kota Setar sebanyak 500 pek dan pada fasa ketiga, sebanyak 400 pek pula diagihkan di komuniti sekitar Perlis.
​
Manakala sekretariat projek, Nur Aina Mariah, mengakui projek ini memberi impak terhadap dirinya dan berharap beliau dapat menyertai program seperti ini lagi pada masa hadapan.
​
“Saya sangat teruja dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut serta kerana telah memberi saya peluang menjadi salah seorang sekretariat dari awal sehingga akhir projek”, ujarnya.
​
Hampir 3000 peserta yang terdiri dari pelajar, staff dan penduduk sekitar di anggarkan tersenarai sebagai penerima dan telah melibatkan diri secara langsung dan tidak lansung. Jumlah ini telah melebihi dari jumlah sasaran sebenar namun projek ini dipercayai berjaya dan mendapat sambutan yang positif.
​
Anis Nadira Tarmizi berkata, beliau berharap mereka dapat mencapai visi dan misi “Projek Amal Ramadhan” iaitu dengan mengurangkan kadar ketidakmampuan pelajar dalam meneruskan hidup dari aspek keperluan asas dan merapatkan hubungan yang baik dengan semua warga Universiti Utara Malaysia (UUM).
​
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya dan kumpulan untuk menjayakan projek ini. Kerjasama ini telah mengeratkan hubungan antara warga UUM dan penduduk sekitar”, katanya.